HATINYA ISLAM - Para penyelidik yang
telah menghabiskan masa bertahun-tahun menyelidik serangga dan memantau
frekuensi suara yang dihasilkan oleh serangga. Namun mereka tidak mampu
untuk mengesahkan perkara tesebut kecuali hanya mampu merakam suara yang
dihasilkan oleh semut!
Tujuannya adalah untuk
mengesan kewujudan semut yang berada pada tanaman pertanian namun mereka
tidak mencari cara yang lebih berkesan untuk mengesan suara semut!
Namun yang mengejutkan
para saintis adalah bahawa frekuensi suara yang dihasilkan oleh semut
berbeza dari seekor semut ke semut yang lain, dan dari satu jenis semut
dengan jenis semut yang lain serta dari satu kedudukan ke kedudukan
lain!
Dianggarkan 12 ribu
spesis semut di dunia ini dan jumlah semut di bawah tanah lebih banyak
berkali ganda dari jumlah manusia. Oleh kerana jumlah yang begitu besar
itulah menyebabkan para penyelidik bingung bagaimana kah cara untuk
berinteraksi dengan suara-suara tersebut.
Mereka cuma mampu
merakam suara yang berbeza terhadap semut dan penyelidikan ini telah
diterbitkan pada majalah Journal of sound and vibration (jurnal tentang
suara dan getaran) pada tahun 2006. Suara yang pertama kali didengar
manusia di dalamnya adalah suara semut!
Hasil penelitian ini
telah menunjukkan bahawa semut mengalahkan manusia dalam kemampuan
indera pendengaran dan saintis menjangkaka semut menggunakan antenna
untuk penghantaran dan menerima frekuensi suara.
Semut menggunakan
isyarat suara yang besar seperti peranti penerima suara moden ketika
ini, namun berubah selepas kesan dalam proses penapisan atau pemurnian
suara, untuk membezakan antara semut dengan yang lainnya! Ini adalah
sistem yang sangat canggih dalam berkomunikasi yang tidak diketahui oleh
para saintis dan tidak mampu dijelaskan kecuali pada masa sekarang ini.
Namun Al-Qur'an telah membicarakan hal ini dan memberitahu kita bahawa
semut boleh bercakap:
حَتَّى
إِذَا أَتَوْا عَلَى وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا
النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ
وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
"Hingga apabila
mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut,
masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman
dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari";
Semoga Artikel Di atas Bermanfaat Bagi Para Sahabat HI.
0 komentar:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !